Kenyataan Media

RapidKL lancar produk baru - “Perkhidmatan Bas Fajar”

Petaling Jaya, 10 September 2008Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) akan memperkenalkan perkhidmatan bas percubaan baru yang dikenali sebagai “Perkhidmatan Bas Fajar” mulai pada 15 September 2008.  Perkhidmatan bas ini akan bermula awal pagi iaitu sebelum jam 6:00 pagi dan diperkenalkan bagi laluan tertentu.    

Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah, berkata perkhidmatan bas khas ini bermula seawal jam 5:10 pagi bagi beberapa laluan, untuk memberi  kemudahan kepada penumpang yang ingin memulakan perjalanan awal bagi  mengelakkan kesesakan.    

“Perkhidmatan ini akan dijalankan secara percubaan untuk mengenalpasti     permintaan.  Sekiranya sambutan yang diterima menggalakkan, RapidKL akan mengekalkan perkhidmatan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Butiran lanjut perkhidmatan adalah seperti berikut:

Bil.

Masa Berlepas

No. Laluan

Bertolak dari

Menghala ke

1

5:10 pagi

T307

TM*, Tmn Melawati

Stesen LRT Dato’ Keramat

2

5:10 pagi

T301

TM*, Tmn Melawati

GIANT, Hulu Klang

3

5:15 pagi

T330

TM*, Tmn Melawati

Stesen LRT Dato’ Keramat

4

5:15 pagi

T302

TM*, Tmn Melawati

Seksyen 10, Wangsa Maju

5

5:15 pagi

T304

SRJK(T), Tmn Melawati

Hab Bas Tmn Melawati

6

5:15 pagi

T309

TM*,  Tmn Melawati

Hab Bas AU 3 Jentayu

7

5:15 pagi

T312

Apartment Seri Putri, Ukay Perdana

Stesen LRT Wangsa Maju

8

5:15 pagi

T312

TM*, Tmn Melawati

Stesen LRT Dato’ Keramat

9

5:20 pagi

U40

Hab Bas Maluri

Terminal Kajang

10

5:20 pagi

U80

Balai Polis Bt 3, Shah Alam

Hab Bas Pasar Seni

11

5:30 pagi

T201

Depot Bas Tmn Melawati

GIANT, Hulu Klang

12

5:30 pagi

T320

Emerald Hill, Jln Bkt Indah Utama

Ampang Point

13

5:30 pagi

U1

Cycle & Carriage, Jln Perusahaan

Pinggiran Batu Caves

14

5:30 pagi

U10

Cycle & Carriage, Jln Perusahaan

Pinggiran Batu Caves

15

5:30 pagi

U12

Cycle & Carriage, Jln Perusahaan

Batu 12, Jln Gombak

16

5:45 pagi

U41

PNMB, Jln Chan Sow Lin

Hab Bas Pasar Seni

17

6:00 pagi

T305

Apartment Seri Putri, Ukay Perdana

Stesen LRT Wangsa Maju

TM* : Telekom Malaysia    

           

Untuk maklumat dan penjelasan lanjut, komuter boleh layari laman web www.rapidkl.com.my atau hubungi talian Helpline di 03-7625 6999 (Isnin  – Jumaat 8.30 pagi hingga 5.30 petang). Komuter juga boleh memberi maklum balas melalui emel di   suggest@rapidkl.com.my

 

 

Notes to Editors:

Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd (RapidKL), a wholly owned company under the Minister of Finance Incorporated is tasked in providing an integrated public transport system in the Klang Valley incorporating rail and bus services.  Incorporated in July 2004 and operational since November the same year, RapidKL today transports approximately 4 million passengers weekly: 2.1 million on the Ampang Line and Kelana Jaya Line and 1.9 million on the bus system.  Rapid KL provides services across 48 rail stations and 165 bus routes.

 

 

Issued by:        Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL)

1 Jalan PJU 1A/46

Off Jalan Lapangan Terbang Subang

47301 Petaling Jaya, Selangor

                        Malaysia

 

                        Tel :  603 7650 7788

                        Fax:  603 7625 6667

                        URL: www.rapidkl.com.my                

 

 

 

 

For more information on this release, media members may contact:

Ms.ChellamVasudevan   (60) 3 7650 7788

mkchellam @lrt.rapidkl.com.my