Laman Utama
Rangkaian
Tiket & Tambang
Hubungi Kami
Perniagaan
Pengiklanan
Berita
Mengenai RapidKL
Pihak Pengurusan

AHLI LEMBAGA PENGARAH

PUAN ESHAH BINTI MEOR SULEIMAN
Pengarah

Puan Eshah binti Meor Suleiman adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1980 dan juga pemegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di dalam bidang Kewangan daripada  University of Oklahoma City, Amerika Syarikat pada tahun 1994. Beliau memulakan kerjayanya pada tahun 1981 sebagai Penolong Pengarah di Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Pada pertengahan tahun 1991, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Setiausaha di Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan dan selepas itu, telah menyandang beberapa jawatan di Kementerian Kewangan. Sejak September 2006 sehingga kini, beliau ditugaskan di Kementerian Kewangan sebagai Setiausaha Bahagian Pelaburan, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Penswastaan.

Pada Disember 2006, Puan Eshah telah dilantik sebagai Pengarah Bank EXIM. Beliau juga adalah Pengerusi Jaring Communications Sdn. Bhd., Pengarah di syarikat-syarikat Malaysia Airports Holdings Berhad, Ninebio Sdn. Bhd. dan Assets Global Network Sdn. Bhd.

_________________________________________________________________

YBHG DATO’ SULAIMAN BIN IBERAHIM
Pengarah

Dato’ Sulaiman adalah seorang bekas pegawai kanan kerajaan Malaysia. Beliau memiliki pengalaman yang amat luas di semua tahap pentadbiran kerajaan termasuk kementerian-kementerian, kerajaan negeri, pejabat pentadbiran daerah dan pihak berkuasa tempatan selaku Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Dato’ Sulaiman telah berkhidmat lebih daripada tiga puluh dua (32) tahun dan tempoh ini merangkumi tugasan-tugasan di Kementerian Pendidikan, Majlis Keselamatan Negara, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Wilayah Persekutuan (di bawah Jabatan Perdana Menteri). 

Beliau juga pernah berkhidmat untuk pentadbiran kerajaan negeri Pahang dan kerajaan negeri Perak. Tugasan terakhir Dato’ Sulaimen sebelum bersara, adalah sebagai Setiausaha Persekutuan Negeri Sabah di Jabatan Perdana Menteri. Buat masa kini, beliau menyandang jawatan Pengarah di syarikat-syarikat Amanah Raya Unit Trust Management Sdn. Bhd., Dispetch Resources Sdn. Bhd., Awan Aggun Sdn. Bhd. dan Mexma Sdn. Bhd. Beliau adalah graduan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1972.

_________________________________________________________________

MR CHIN KWAI YOONG
Pengarah

En. Chin Kwai Yoong menyertai Lembaga Pengarah syarikat RapidKL pada Januari 2005. Beliau pernah menjadi rakan kongsi firma audit PricewaterhouseCoopers dari tahun 1982 sehingga beliau bersara pada tahun 2003. Semasa tempoh tersebut, beliau menyandang jawatan sebagai Pengarah Eksekutif dan bertanggungjawab untuk mengurus Bahagian Pengguna dan Produk & Perkhidmatan Industri serta mengurus Bahagian Perkhidmatan Perundingan Pengurusan. Beliau juga adalah seorang “Fellow” di Institute of Chartered Accountants in England and Wales dan memiliki keahlian di Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan Malaysian Institute of Accountants (MIA). 

Beliau mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang audit yang melibatkan syarikat-syarikat besar di dalam industri perbankan, petroleum & gas dan automotif serta pengalaman pengauditan di sektor-sektor jentera berat, pengilangan, pembinaan dan pembangunan harta. Beliau juga terlibat di dalam memberi khidmat nasihat korporat yang merangkumi kerja-kerja siasatan korporat, penggabungan dan pengambilalihan serta penilaian saham firma.
Beliau kini adalah Pengarah di syarikat-syarikat Deleum Bhd, Genting Berhad dan Astro All Asia Networks Sdn. Bhd.

_________________________________________________________________

SUFFIAN BAHARUDDIN
Pengarah / Ketua Pegawai Eksekutif

Suffian, 38, yang dikenali sebagai pakar strategi perniagaan dan kewangan, merupakan seorang akauntan dan graduan Universiti East Anglia (UK). Beliau memulakan kerjaya dengan menceburi bidang perbankan saudagar di Arab-Malaysian Merchant Bank Berhad pada tahun 1994. Pada tahun 1996, Suffian bertukar ke Renong Berhad, bertugas sebagai Pengurus Kanan Divisyen Kewangan.

Pada tahun 1999, beliau memasuki industri pengangkutan bertugas sebagai Pengurus Kanan di Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), yang kemudiannya menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar Kewangan di tempat yang sama. Semasa di MAHB, Suffian mengurus semua perkara yang berkaitan dengan kewangan, komersial dan pembangunan perniagaan, termasuk 11 anak syarikat MAHB.

Pada tahun 2006, Suffian menyandang jawatan yang lebih mencabar di Indah Water Konsortium iaitu sebagai Pengurus Besar Perancangan Korporat. Di sini beliau terlibat di dalam merancang perniagaan strategik untuk syarikat beralih kepada perlaksanaan syarat-syarat dan kaedah perlesenan baru untuk industri perkhidmatan air serta pengintegrasian perkhidmatan air dan perkhidmatan air kumbahan.

Suffian juga adalah Naib-Pengerusi mewakili "Malaysia of the International Association of Public Transport's (UITP)" Divisyen Asia Pasifik.

- Atas -


 
 
Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras (RAPID KL) - 660779-D
No.1 Jalan PJU 1A/46, Off Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 603-7650 7788 Fax: 603-7625 6669