buy Obsessed (Official Remix) track cool DIVX Away We Go awesome melodies Alice In Chains download Crank: High Voltage hit best song Imogen Heap cheap video Ken Park cheap song Coldplay CD The Curious Case of Benjamin Button movies free mp3 Best Of nice movies X-Men Origins: Wolverine
| Kelana Jaya Line | OK |
| Ampang Line | OK |
| KL Monorail | OK |
| Bus Service | OK |
Register as a member of the RapidKL online community and receive SMS notifications on our service status. *
* SMS announcements notified only on critical service disruptions.
| RapidBET3 dan RapidBET4 beroperasi Khamis ini |
|
|
|
|
|
Petaling Jaya, 20 Januari 2010: Syarikat Prasarana Negara Berhad ingin memaklumkan perkhidmatan bas RapidBET3 dan RapidBET4 untuk kawasan Subang Mewah USJ dan Taman Sri Muda, Shah Alam ke Pasar Seni akan mula beroperasi pada hari Khamis, 21 Januari 2010 ini. RapidBET 3 & 4 akan beroperasi dengan kekerapan 15 minit bermula jam 6.15 pagi untuk waktu puncak pagi dan kekerapan 30 minit bermula jam 5.30 petang pada waktu puncak petang. Laluan RapidBET3 adalah laluan sediaada U63 dari USJ 8 ke Pasar Seni yang dipanjangkan ke Subang Mewah. Melalui RapidBET 3, masa perjalanan dipendekkan sebanyak 30 minit dari laluan biasa yang mengambil masa 80 minit. RapidBET 3 akan melalui lebuhraya KESAS dan NPE, dan hentian mengambil penumpang terhad kepada tujuh hentian sahaja, berbanding laluan biasa yang mempunyai 21 hentian. Sementara itu, RapidBET4 adalah sama dengan laluan sediaada U64 dari Taman Sri Muda, Shah Alam ke Pasar Seni. Walau bagaimanapun, laluan RapidBET 4 dijangka akan menjimatkan masa perjalanan sebanyak lebih kurang 20 minit dari 90 minit yang diambil laluan U64 biasa. Hentian mengambil penumpang pula terhad kepada enam sahaja berbanding 30 hentian untuk laluan biasa. Rapid Bus Express Transit (RapidBET) adalah salah satu usaha kerajaan menerusi Bidang Keberhasilan Utama Negara bagi menambahbaik pengangkutan awam khususnya di Lembah Klang. Laluan RapidBET yang diperkenalkan pada 12 Januari lalu merangkumi laluan RapidBET1, dari Kota Damansara ke Pasar Seni dan laluan RapidBET2 dari Bandar Sungai Long ke Pasar Seni. Kedua-dua perkhidmatan ini mendapat sambutan yang menggalakkan di mana penumpang RapidBET1 telah meningkat kepada purata 300 orang berbanding 126 orang sehari pada masa awal beroperasi, sementara penumpang RapidBET2 telah meningkat kepada purata 1100 orang sehari berbanding 700 orang pada awal operasi. RapidBET1 beroperasi pada waktu puncak pagi dan dengan kekerapan 15 minit sementara RapidBET2 beroperasi sepanjang hari dengan kekerapan 20 minit.
RapidBET3 (Subang Mewah – Pasar Seni)
RapidBET4 (Taman Sri Muda – Pasar Seni)
RapidBET3 (Subang Mewah – Pasar Seni)
RapidBET4 (Taman Sri Muda – Pasar Seni)
Hari Operasi Isnin hingga Jumaat kecuali Sabtu, Ahad dan Cuti Umum
Tambang RM1 hingga RM3 satu perjalanan Hentian RapidBET3: · Blok K Meranti, Persiaran Subang Mewah · Court 7 USJ 8, Jalan Mulia · Summit USJ, Persiaran Kewajipan · Sunway Pyramid, Lebuhraya NPE · LRT Bangsar, Jalan Bangsar · KL Sentral/KL Monorel, Jalan Tun Sambanthan · Pasar Seni, Jalan Sultan Mohamed Hentian RapidBET4: · Hab Bas Taman Sri Muda · Blok D, Persiaran Budiman · Sunway Pyramid, Lebuhraya NPE · LRT Bangsar, Jalan Bangsar · KL Sentral/KL Monorel, Jalan Tun Sambanthan · Pasar Seni, Jalan Sultan Mohamed
|