buy Obsessed (Official Remix) track cool DIVX Away We Go awesome melodies Alice In Chains download Crank: High Voltage hit best song Imogen Heap cheap video Ken Park cheap song Coldplay CD The Curious Case of Benjamin Button movies free mp3 Best Of nice movies X-Men Origins: Wolverine

Service Status

Kelana Jaya Line OK
Ampang Line OK
KL Monorail OK
Bus Service OK

Quick LRT Journey Planner

Please choose the station name

Rapidpass Touch ‘n Go ganti Rapidpass Manual sepenuhnya mulai Ogos PDF Print E-mail

Petaling Jaya, 28 Julai 2010:  Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) hari ini mengumumkan mulai bulan Ogos, sistem Rapidpass Touch ‘n Go akan diperluaskan ke Rapidpass Integrasi, Bas & Bas Tempatan.

Sistem Rapidpass Manual akan diberhentikan sepenuhnya, kecuali bagi kategori Rapidpass Konsesi, yang dikhususkan kepada warga emas dan golongan Orang Kurang Upaya. 

Bermula dengan Rapidpass LRT, peralihan dari manual ke sistem elektronik telah dimulakan secara berperingkat sejak bulan Februari yang lepas.

Bagi pelanggan yang telah mempunyai kad Touch ‘n Go, mereka tidak perlu membeli kad Touch ‘n Go yang baru, sebaliknya hanya perlu pergi ke mana-mana stesen LRT untuk mengaktifkan kategori Rapidpass yang dikehendaki.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan kad Touch ‘n Go yang baru, tawaran 50% diskaun diberikan kepada 10,000 kad Touch ‘n Go pertama bagi Rapidpass Integrasi, Bas dan Bas Tempatan yang boleh dibeli di kesemua stesen LRT dan hab bas terpilih, sementara stok masih ada.

Notis berkaitan peralihan ke sistem elektronik ini telahpun diletakkan di dalam bas, tren dan stesen LRT mulai 19 Julai.

Selaras dengan peralihan ke sistem elektronik ini juga, promosi yang ditawarkan kepada pelanggan Rapidpass Integrasi, yang membenarkan mereka membawa ahli keluarga menaiki LRT, monorel dan bas RapidKL pada hujung minggu dan cuti umum secara percuma, akan dihentikan.

Rapidpass ialah pas perjalanan tanpa had mengikut bilangan hari yang dipilih yang diperkenalkan oleh RapidKL untuk memberi penjimatan kepada pengguna pengangkutan awam.