Aliran Ampang (Dulunya dikenali sebagai Aliran STAR)
Aliran ini menggunakan tren dan sistem yang diperbuat daripada Adtranz German. Fasa 1 telah dibuka pada September 1998 diantara Stesen Sultan Ismail hingga Stesen Sri Petaling dan Stesen Ampang dan dalam bulan Disember 1998 dari Stesen Sultan Ismail ke Sentul Timur.
Pada hari ini, aliran mengendalikan lebih daripada 130,000 hingga 150,000 penumpang sehari pada hari biasa dan purata 120,000 penumpang setiap hari pada hari Sabtu dan Ahad.
Terdapat 25 stesen disepanjang 27km laluannya, membawa penumpang-penumpang dari pinggir bandar di kawasan utara, timur laut dan barat daya Lembah Kelang.