Laman Utama
Rangkaian
Tiket & Tambang
Hubungi Kami
Berita
Mengenai RapidKL
Pihak Pengurusan


TAMBANG
> Tambang Konsesi untuk Perkhidmatan Bas RapidKL

Tambang Konsesi layak digunakan oleh:
- Warga Emas (yang memiliki Kad Warga Emas RapidKL)
- Golongan kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Pelajar sekolah Kerajaan yang memakai seragam sekolah

Warga Emas (yang memiliki Kad Warga Emas RapidKL) dan golongan kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dibenarkan membayar tambang konsesi yang berkenaan apabila mereka mempamerkan kad-kad mereka semasa membeli tiket.

Kategori-kategori kurang upaya yang dibenarkan untuk membayar tambang konsesi mengikut klasifikasi kad JKM:

  • Penglihatan
  • Pendengaran
  • Fizikal
  • Masalah Pembelajaran ('Down Syndrome', 'Dyslexia', Autisme, Terencat Akal)
  • 'Cerebral Palsy'
  • Lain-lain (mempunyai lebih dari satu jenis kecacatan)

Berikut adalah jadual tambang konsesi bagi golongan kurang upaya, warga emas and pelajar sekolah berpakaian seragam sekolah:

Tiket

Tambang Biasa

Tambang Konsesi

Bas – Tempatan

RM1.00

RM1.00

Bas – Utama

RM2.00

RM1.00

Bas – Bandar

RM2.00

RM1.00

Bas – Semua
+ +

RM4.00

RM3.00

Bas & Rel - Sepadu
+ + + +

RM7.00

RM6.00

 

Tempat Permohonan

Kad Jabatan Kebajikan Masyarakat boleh dipohon di :

Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tingkat 9, Grand Seasons Hotel
No.72, Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur (Lembah Kelang)
Tel : 03 - 4044 1188
Fax : 03 - 4042 8185

Kad Warga Emas RapidKL boleh dipohon di :

Kaunter Informasi
Jalan Sultan Muhammad, Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 8:30pagi - 5.30petang

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM 5 bagi tempoh 2 tahun (buat masa ini, tarikh luput kad adalah pada 31hb Disember 2009).
Sila sertakan 2 keping gambar bersaiz paspot dan satu salinan Kad Pengenalan untuk pendaftaran.

 
* Tambang konsesi tidak boleh dibayar menggunakan kad-kad Touch 'n Go dan Tiket Nilai Simpanan Rel (SVT)

 

- Atas -


 
Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras (RAPID KL) - 660779-D
No.1 Jalan PJU 1A/46, Off Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 603-7650 7788 Fax: 603-7625 6669