Laman Utama
Rangkaian
Tiket & Tambang
Hubungi Kami
Perniagaan
Pengiklanan
Berita
Mengenai RapidKL
Pihak Pengurusan


RANGKAIAN >> Aliran Kelana Jaya

 
<< Aliran Kelana Jaya
 

ALIRAN KELANA JAYA (Dulunya dikenali sebagai Aliran PUTRA)


Aliran Kelana Jaya menggunakan sistem canggih teknologi tanpa pemandu oleh Advances Rapid Transit Mark II dari Kanada. Ianya mempunyai rekod spesifikasi berprestasi tinggi yang terbukti di Amerika Utara, Eropah dan direkabentuk menepati cirri-ciri moden Bandaraya Kuala Lumpur.

Aliran bermula dari depot di Subang dan berakhir di Stesen Gombak yang berjumlah 29km dengan jumlah stesen sebanyak 24 buah.

Operasi pertamanya bermula pada 1 September 1998 diantara Depot Subang ke Stesen Pasar Seni dan bagi seksyen dua pula, diantara Stesen Pasar Seni ke Stesen Gombak pada Jun 1999.

Pada tahun 2002, sistem ini telah membawa penumpangya yang ke 150 juta, dengan kadar purata harian penumpang seramai 160,000 orang sehari. Hari ini, Aliran Kelana Jaya membawa seramai lebih daripada 170,000 penumpang setiap hari dan lebih daripada 350,000 penumpang sehari ketika acara kebangsaan diadakan.

 
Klik pada gambarajah untuk pembesaran.
- Atas -
 


 
Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras (RAPID KL) - 660779-D
No.1 Jalan PJU 1A/46, Off Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 603-7650 7788 Fax: 603-7625 6669