Kenyataan Media


RapidKL sedia perkhidmatan bas shuttle 24 jam sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Petaling Jaya, 23 September 2008Sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) menyediakan perkhidmatan bas shuttle dari Puduraya ke Bukit Jalil mulai 15 September sehingga 15 Oktober 2008

Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah berkata perkhidmatan bas shuttle ini beroperasi 24 jam dengan kekerapan bas dijadualkan setiap 15 minit antara 6:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam dan setiap satu jam selepas 12:00 tengah malam hingga 6:00 pagi keesokan harinya.  Kadar tambang ialah RM3 sehala. 

Berikut adalah laluan perkhidmatan bas shuttle :

Laluan Pergi Puduraya - Jalan Cheng Lock - Jalan Tun Sambanthan - Jalan Istana - Lebuhraya KL Seremban - Lebuhraya Shah Alam - Bukit Jalil
Laluan Balik Bukit Jalil - Lebuhraya KL Seremban - Jalan Sg Besi - Jalan Loke Yew - Jalan Hang Tuah - Jalan Pudu - Puduraya

“Kami menyediakan perkhidmatan bas shuttle ini bagi memenuhi keperluan warga kota yang menggunakan pengangkutan awam dari terminal bas sementara Bukit Jalil untuk pulang ke kampung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk maklumat lanjut, komuter boleh layari laman web - www.rapidkl.com.my dan memberi maklum balas melalui emel suggest@rapidkl.com.my atau hubungi Helpline di talian 03-7625 6999 (Isnin  – Jumaat 8.30 pagi hingga 5.30 petang).

 

 

Notes to Editors:

Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd (RapidKL), a wholly owned company under the Minister of Finance Incorporated is tasked in providing an integrated public transport system in the Klang Valley incorporating rail and bus services.  Incorporated in July 2004 and operational since November the same year, RapidKL today transports approximately 4 million passengers weekly: 2.1 million on the Ampang Line and Kelana Jaya Line and 1.9 million on the bus system.  Rapid KL provides services across 48 rail stations and 165 bus routes.

 

 

Issued by:        Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL)

1 Jalan PJU 1A/46

Off Jalan Lapangan Terbang Subang

47301 Petaling Jaya, Selangor

                        Malaysia

 

                        Tel :  603 7650 7788

                        Fax:  603 7625 6667

                        URL: www.rapidkl.com.my                

 

 

 

 

For more information on this release, media members may contact:

Ms.ChellamVasudevan   (60) 3 7650 7788

mkchellam @lrt.rapidkl.com.my