| Kenyataan Media | ![]() |
|
Penamatan pas harian SEMUA dan SEPADU TouchNGo Petaling Jaya, 5 November 2008: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) akan menamatkan pas harian SEMUA dan SEPADU mulai 1 Disember 2008. Pengurus Besar Komunikasi RapidKL, Ebi Azly Abdullah berkata sambutan ramai terhadap pas harian SEMUA dan SEPADU, yang sekarang boleh diperolehi melalui TouchNGo, adalah kurang menggalakkan. “Statistik kami menunjukkan SEPADU hanya digunakan oleh 0.002 peratus penumpang RapidKL sementara SEMUA digunakan oleh 0.005 peratus daripada keseluruhan jumlah pengguna RapidKL,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Ebi berkata komuter masih boleh menikmati tambang pada harga diskaun bagi perkhidmatan bas dan LRT melalui pembelian Kad Perjalanan Bulanan (MTC), yang menyediakan tambang pada harga diskaun untuk perjalanan tanpa had selama sebulan. Harga Kad Perjalanan Bulanan adalah seperti berikut:
Perbandingan Harga Dengan membeli Kad Perjalanan Bulanan, penumpang boleh menjimatkan antara RM40 hingga RM75 sebulan bergantung kepada corak perjalanan. Contoh adalah seperti carta di bawah:
Notes to Editors: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd (RapidKL), a wholly owned company under the Minister of Finance Incorporated is tasked in providing an integrated public transport system in the Klang Valley incorporating rail and bus services. Incorporated in July 2004 and operational since November the same year, RapidKL today transports approximately 4 million passengers weekly: 2.1 million on the Ampang Line and Kelana Jaya Line and 1.9 million on the bus system. Rapid KL provides services across 48 rail stations and 165 bus routes.
Issued by: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) 1 Jalan PJU 1A/46 Off Jalan Lapangan Terbang Subang 47301 Petaling Jaya, Selangor Malaysia
Tel : 603 7650 7788 Fax: 603 7625 6667 URL: www.rapidkl.com.my
For more information on this release, media members may contact: Ms.ChellamVasudevan (60) 3 7650 7788 mkchellam @lrt.rapidkl.com.my |