Laman Utama
Rangkaian
Tiket & Tambang
Hubungi Kami
Perniagaan
Pengiklanan
Berita
Mengenai RapidKL
Pihak Pengurusan


TOUCH 'N GO

Gunakan Touch 'n Go untuk Kad Pejalanan anda sekarang!
 
 
Kad Perjalanan Bulanan dengan Touch 'n Go
Definisi

Kad ditambah nilai di setiap penghujung tempoh sah. Fungsi Kad Touch 'n Go adalh sama dengan Kad Perjalanan Bulanan (MTC).
Contoh : 31 hari. Akan menunjukkan baki bilangan hari.


Perbezaan di antara Kad Touch 'n Go biasa dengan Kad Perjalanan Touch 'n Go
Kad Touch 'n Go biasa
: Kad prabayar, jumlah nilai akan ditolak setiap kali pengguna menggunakannya.
Kad Perjalanan Touch 'n Go : Kad ditambah nilai di setiap penghujung tempoh sah.
Contoh : 31 hari. Akan menunjukkan baki bilangan hari.

 
Info mengenai Kad Perjalanan Touch 'n Go
-  Mempunyai fungsi yang sama dengan kad Touch 'n Go. Pengguna hanya perlu menyentuhkan kad di TnG reader.
-  Tambah nilai di stesen-stesen LRT yang mempunyai Point of Sale (POS) kaunter Touch 'n Go.
-  Kad Perjalanan Touch 'n Go boleh digunakan di semua stesen LRT dan bas RapidKL.
-  Potongan nilai harian bagi Kad Perjalanan Touch 'n Go 31 hari bermula pada tarikh kad Touch 'n Go tersebut dibeli atau ditambah nilai atau apabila fungsi Kad Perjalanan diaktifkan.

Faedah
-  Cepat dan mudah
-  Lebih menjimatkan. Penggunakan tanpa had.
-  1 kad untuk semua perkhidmatan Touch 'n Go.
Contoh : plaza tol, bas, taman tema dan sebagainya.

Pembaharuan Kad Perjalanan Touch 'n Go
-  Tarikh pembaharuan yang fleksibel
-  Boleh diperbaharui 7 hari (maksima) sebelum tarikh luput. Tarikh sah baru akan dikeluarkan tanpa kehilangan baki hari yang masih ada.

Harga
Sila kunjungi kaunter jualan RapidKL untuk pembelian :
- Kad Perjalanan Integrasi (Rel and Bas): RM 135* sebulan
- Kad Perjalanan Rel : RM 100* sebulan
- Kad Perjalanan Bas : RM 80* sebulan

*Tidak termasuk harga kad Touch 'n Go sebanyak RM10



Kad Perjalanan Harian dengan Touch 'n Go

Definisi
Touch 'n Go kini boleh digunakan untuk membayar perkhidmatan tambang harian RapidKL (Bas Tempatan, Utama, Bandar, Ekspres dan Rel RapidKL). Setiap kali pengguna menyentuhkan kad Touch 'n Go di reader RapidKL, potongan nilai secara automatik akan dijalankan mengikut kadar tambang Pas Harian RapidKL.

Harga
Pengguna boleh memilih untuk menambah nilai kad Touch 'n Go dari serendah RM10.

Kaedah Potongan Nilai
Penumpang dikehendaki menyentuh kad Touch 'n Go di reader setiap kali menaiki bas dan rel. Potongan nilai MAKSIMA sehari mengikut jenis perkhidmatan RapidKL yang digunakan. Kadar maksima ialah RM4 jika menggunakan perkhidmatan Tempatan, Utama dan Bandar. Kadar tambang maksima ialah RM7 jika menggunakan perkhidmatan Rel dan Bas RapidKL. Contoh senario potongan nilai adalah seperti berikut.


 
Kaedah Potongan Nilai Kad Perjalanan Harian

 

 
 
Senarai Pusat Jualan Kad Perjalanan Touch 'n Go di RapidKL
Stesen Rel di Aliran Ampang
  • Ampang
  • Masjid Jamek
  • Bandar Tasik Selatan
  • Sri Petaling
Stesen Rel di Aliran Kelana Jaya
  • Kelana Jaya
  • Taman Jaya
  • Kerinchi
  • Bangsar
  • KL Sentral
  • Masjid Jamek
  • Dang Wangi
  • KLCC
  • Ampang Park
  • Setiawangsa
  • Wangsa Maju
  • Gombak

 

 


- Atas -
 
 


 
 
Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras (RAPID KL) - 660779-D
No.1 Jalan PJU 1A/46, Off Jalan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 603-7650 7788 Fax: 603-7625 6669